Monday, March 25, 2013

Doakan kejayaan kami ye..

BismillahirRahmannirRahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
rasa terlalu lama membiarkan blog ini usang tanpa sebarang pengisian..
al maklumlah agak sibuk dengan pelbagai urusan..
termasuklah peperiksaan akhir semester 1 akhir februari lalu..
Alhamdullilah keputusan peperiksaan yang diperoleh juga memuaskan hati..keputusan yang selari dengan usaha yang telah dilimpahkan..
Alhamdullilah walaupun tidak berjaya meraiah anugerah "dekan" namun kejayaan yang diperoleh..keputusan yang dimiliki mampu mengukirkan senyuman di bibir ini..
Alhamdullilah..segala puji selayaknya hanya kepadaMU Ya Rahman...

Sekarang cuti sekolah kan? hehe..masa yang ditunggu-tunggu oleh semua para guru..
tapi cuti sekolah kali ini agak memberi kelainan kepada saya..
kerana saya bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada pasukan nasyid sekolah saya yang akan memasuki pertandingan ihtifal awal april nanti..
doakan kejayaan menjadi milik kami ye ^_^

sebahagian kecil peserta nasyid..

cikgu dgn anak murid lebih kurang je? hehe..

Semoga kalian berjaya menempah kejayaan di ihtifal peringkat zon 5 di sra Uthmaniah nanti..
harumkan nama bukan saha diri sendiri malahan sekoah..
semoga usaha keras kita semua tercatat sebagai saham di alam sana nanti...
Allahummaamiin..

Thursday, March 7, 2013

Hikmah Itu Sentiasa Tersembunyi

Hikmah itu sentiasa tersembunyi kerana hanya Allah mengetahui segala kebahagiaan di kemudian hari..Alhamdullilah walaupun kehidupanku di sekolah baru ini agak mencabar ( sangat mencabar sebenarnya)...macam2 dah kena..fitnah..perli..dijatuhkan..dipandang rendah..Tetapi..bak kata pepatah dahulu "ALAH BISA TEGAL BIASA" kan? Alhamdullilah..pada mulanya hati ni memberontak untuk minta ditukarkan sekolah dan kembali semula ke sekolah lama..Tetapi lari dari masalah bukan jalan penyelesaian terbaik..

Akhirnya..dengan rela hati saya membuat keputusan untuk tabahkan hati dan cekalkan diri dan terus berada di sekolah ini..Sabar dan Tabah pasti ada kebahagiaan di pengakhiran jalan nanti..

Hampir 3 bulan saya di sekolah ni akhirnya 1 March lalu saya mengambil keputusan untuk tambah kerja di sesi pagi..Alhamdulilah kini saya mengajar 2 sesi..pagi di sekolah swasta..Ahamdullilah..rupanya kebahagiaan tersedia di sana...Telatah mereka menambat hatiku walaupun baru hari pertama..tak percaya?


Hari pertama saya masuk kerja..mereka dah begitu akrab.. ^_^

Alhamdullilah saya sangat gembira berada di sekolah ini...tapi kan..ada sorang budak dalam kelas ni yang menjadi favourite saya..siapa??? hehe..

Haa ni la budaknya..namanya..Muhammad Nur Syahmi...
comellll kan?.. ^_^


Tak kurang juga pelajar2 saya di sesi petang..Awesome!! makin sporting mereka tu..buktinya?

Sesi yang paling digemari mereka..bergambar.. :)

Bersama jejaka2 kelas saya..ehh? knp ada seorang puteri tu? hehe..

Mereka semuanya riang2..walaupun mereka teramat lah bising..kecoh..tapi adakalanya mereka amat menghiburkan..kadangkala bila saya murung dan berduka..mereka lah penawarnya..
Terima kasih sayang2ku sekalian..Kalian tetap di hati ini..

Comelll..

Moga kalian semua akan menjadi insan Rabbani..cemerlang bukan sahaja di dunia malahan di akhirat sana..Kalian tetap di hati ini.. Walau penat mencengkam diri tapi bila masuk je kelas tengok muka mereka semua ni..Terubat rasa letih tu..

Merekalah "Racun" mereka jugalah "Penawar"..

Merekalah pelakar senyuman di wajah..

Moga Allah menjadikan setiap apa yang saya lakukan terhadap mereka sebagai saham di alam sana setelah saya di jemput pulang...Allahummaamiinn...

Friday, January 18, 2013

Ujian Itu Sentiasa Diakhiri Kebahagiaan..


BismillahirRahmanirRahim...Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...Alhamdullilah!! Alhamdullilah!! Alhamdullilah!! Entah bagaimana untuk diungkai dengan dengan kata-kata perasaan tika ini...

" Ehh !! kau ni kenapa?? tetibe je ...berpuitis bagai..."

Alhamdullilah...15.1.2-13...secara rasminya saya dilantik sebagai guru kafa di bawah JAWI..Alhamdullilah..perkara yang amat-amat saya nantikan..Syukur yang teramat...Cuma yang sedihnya saya ditempatkan di sekolah yang agak jauh daripada rumah...SRA Al Zamkhsyari, Kampung Malaysia Tambahan...Jauh tapi Allah pasti telah menyusun yang terbaik untuk diriku..Redha itu perlu!! Ye..Betul..

Daripada guru besar sehingga guru-gurunya semuanya baik-baik belaka..Alhamdullilah..See!! Perancangan Allah memang terbaik kan? Walaupun dapat sekolah yang teramat jauh tapi sahabat seperjuangan teramat awesome!! 

Untuk permulaan di sekolah ni...rasa macam kekok sikit laaa...Yela...tak jumpa geng lagi..hehe..Tunggulah sebulan dua nanti...hehe...Terserlah kehebatan nanti..kih3.. ^_^..Tapi sekarang pun dah jumpa target siapa untuk di buat geng...hehe...

" Amboi..Geng!! Hang ni nak kerja ke nak memain??"

Sabarlah..istilah "geng" itu subjektif...Bukan maksud saya geng untuk bergosip ke memfitnah ke bergaduh ke..tapi geng untuk kita sembang2..gelak...haaaaa...tu laaa...tak baik bersangka buruk dengan orang lain...

Hari ni saya perlu menggantikan salah seorang ustazah di sini...Subjek bahasa arab pula tu...Terbaekkk!! Tapi yang lebih awesome lagi kan..saya telah menyerlahkan "BAKAT" melukis yang telah saya pendam selama ini.. ( Pendam la sangat kan)...


Cantik kan hasil lukisan saya yang "KREATIF" ni?..hehe

Berbakat la sangat kan?..sampai budak-budak tanya.."Ustazah lukis apa tu?" Tu belum lagi yang dok gelak-gelak kat belakang kelas..Kurang Asam Betul!!Tak tau ke cikgu dia ni sangat "berbakat" dalam melukis...

Apa-apa pun...sekolah ni awesome!! Guru Besar yang teramat budiman..hehe....

     

Friday, January 11, 2013

Nikmat apakah yang masih ingin engkau dustakan?

Alhamdullilah!!Alhamdullilah!!Alhamdullilah!!

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan hanya pada MU Illahi..
nikmat dan kurniaan dariMU tidak terjangkau akal fitrah insani..
entah bagaimana harus diterjemah dengan rasa..
harus bagaimana mesti ku luah dengan cerita..

Amboi2!! Bermadah pujangga nampak? Ada berita gembira ke?
Cer cter..Cer cter..

Jeng..Jeng..Jeng...Alhamdullilah..
11 Januari 2013 Hari Jumaat yang penuh barakah dan keberkatan..
Tepat pukul 10.45 pagi telah mendapat panggilan dari JAWI..

Eleh..JAWI call pun nak kecoh..orang lain "rumi" call tak kesah pon!!
hehehe~

Alhamdullilah..akhirnya..saya berjaya dalam temuduga yg telah saya hadiri tempoh hari ..
sangat2 bersyukur..!!
Terimbau kembali kenangan di mana sepatutnya saya telah mendapat lantikan ini setahun yang lepas..
tapi atas 'jasa baik' pihak tertentu yang 'sabotaj' saya..
akhirnya saya gagal mendapatkan lantikan walaupun berjaya dalam ujian bertulis dan lisan..
atas alasan yang amat tidak MUNASABAH!!
Alhamdullilah..orang-orang tersebut telah pun mendapat balasan yang setimpal..
dan berkat 'penindasan' itu saya berjaya mendapat lantikan..
walaupun dalam jabatan yang berbeza..
alhamdullilah..Sesungguhnya Allah mendengar doa orang yang dizalimi..

Dan kejayaan saya mendapatkan lantikan ini atas usaha seorang hamba Allah yang telah hampir 7 bulan pergi menghadap Illahi..
walaupun dirinya telah tiada..namun jasanya masih mengalir hingga ke hari ini..
tanpanya tidak mungkin saya berada di sini..
terima kasih hingga ke hujung nyawa..
in shaa Allah..syurga kediaman abadimu..
AllahummaAmin..,
Al Fatihah buat arwah...

Opsss !! Jangan sedih2!! cerita saya belum habis lagi ni..hehe

Allah itu Maha Kaya..Maha Mengetahui..
walau kini saya di dalam arus kejatuhan..
walau kini saya ibarat manusia yang hilang semangat..
umpama manusia yang tidak ingin bangkit kembali..
tetapi sifat Maha Pengasih Illahi..
menghadiahkan lantikan ini yang pastinya membuatkan saya tersenyum bahagia..
Alhamdullilah..
DIALAH sebaik-baik tempat untuk mengadu..

Tuesday, January 8, 2013

ErTi UjIaN

     Bila ditimpa sesuatu ujian seringkali kita merasakan ianya amat berat untuk ditanggung..rasanya ramai juga yang berfikir begini " Argghh!!kenapa mesti aku yang diuji? kenapa bukan orang lain?" atau mungkin juga begini " tak guna betul..asyik aku je ditimpa musibah..besar sangat ke dosa aku?" Tidak kurang juga yang mula hilang pertimbangan lantas merendahkan martabat iman...Astaghfirullah!! 

  Saudari/ri seislamku.. Tidak semua hamba diuji..Tidak semua hamba dicabar ketabahan hatinya..Bersyukurlah tika kita menjadi insan pilihan Illahi..Elehh..kau ni dah kenapa..seronok sangat kena ujian? kau tak rasa bolehlah kecoh!!" Sabar..bukan begitu maksud saya..Bukannya saya tidak pernah diuji..saya juga serigkali diuji..Bahkan seringkali diuji dengan kematian..permergian insan disekeliling.InnaAllahama'ana..Sesungguhnya Allah bersama-sama kita..

       Dari pengalaman banyak mengajar kita erti kehidupan yang sebenar..Saya juga bukan manusia yang sempurna.Saya hanya seorang insan dan hamba yang kerdil yang menumpang di bumi Allah ini tanpa membayar apa-apa kepadaNya..Astaghfirullah..saya malu..saya menumpang namun Allah sedikitpun tidak meminta apa-apa bayaran ..bukan sahaja dari saya malahan kita semua.Bahkan Allah mengurniakan anggota badan yang sempurna..akal fikiran yang waras..kecerdasan dalam berfikir untuk setiap tindakan..tapi apa balasan yang kita beri?

       Tepuk dada tanya iman..Apa yang telah kita beri pada Illahi..Berjuta malahan Berbilion rahmat dan kesenangan yang telah Allah pinjamkan kepada kita tanpa sebarang bayaran..tapi apa yang telah kita beri?? Lantas bila Allah percikkan sedikit ujian kita dah mula mengeluh..melenting..marah.. Apa lagi sebenarnya yang kita inginkan dalam kehidupan?

        Saya teramat faham..dalam dunia ni mana ada ujian yang tak berat kan? Semua ujian yang datang terrrrramat lahhhhhh beratnya...Itulah gunanya ujian itu datang..untuk apa ye?? Untuk menguji tahap KEIMANAN kita.."ehhh tak de ujian pun kan dah boleh uji keimanan?" ..Memanglah boleh tapi seteguh mana tahap keimanan kita hanya akan terbukti bila diuji..sebab dari situ akan diuji tahap kesabaran..ketabahan dan keteguhan hati..

          Akhir kalam..Bersabarlah tika dilanda badai ujian..Ketahuilah bahawa tika kita merasakan amat berat diuji, di luar sana masih ramai yang di uji lebih dahsyat berbanding kita..Manusia semuanya sama..Hanya iman dan amal yang akan menjadi pembezanya..in shaa Allah..


Teguhkan hati..in shaa Allah..anda mampu mengahadapi!!
     

     


Thursday, January 3, 2013

WaJaH rAhSiA hAtI

Wanita muslimah itu..yang tidak memandang dan dipandang..

       Wanita Solehah itu yang seperti mana? Adakah cukup sekadar pemakaian yang tertutup dan tudung yang labuh? Atau mungkin cukup sekadar bergaya sopan di khalayak ramai? Mungkin juga berpewatakan baik di LAMAN SESAWANG ?? Yang mana satu ye? Hurmmm.. fenomena kini..di laman sosial terutamanya Facebook..Twitter..Whatssapp..Blogger sendiri pun dihujani bukan sekadar ratusan..ribuan..malah boleh dikatakan jutaan Wanita Muslimah yang giat memperkatakan mengenai Calon Imam..Pemilik Tulang Rusuk..Bersedia Menjadi Ma'mumnya..banyak lagi..

        SubhanaAllah!! Mulianya hasrat mereka..Salute!!..Benar..saya amat respect pada mereka..Alaa..Perli orang la tuu..macam laa tak tau..Husnuzon..Bersangka baiklah kalian..saya sendiri seringkali diingatkan oleh insan yang banyak menyedarkan saya hakikat kehidupan mengenai BERSANGKA BAIK..Jutaan terima kasih kepadanya..tanpanya saya mungkin masih alpa akan kepentingan bersangka baik ini..Ehh..berbalik pada cerita tadi..Betul..sikit pun saya tidak memerli mereka..malahan saya memang amat kagum..kerana mereka berani secara lantang menyuarakan hasrat hati mereka..

        Tetapi..Bukankah wanita solehah itu Tidak Memandang dan Dipandang? Apa kaitan update status dengan statement ni? Banyak sangat kaitannya..Bila mana kita mengupdate sesuatu pastinya jutaan manusia akan membaca penulisan kita walau hanya dari segi penulisan bukannya wajah. Bukankah tidak manis sebegitu..Yela..bayangkan apa yang kita tulis dibaca oleh seorang lelaki bukan mahram..Dushhh!! Malunya!! Jangan katakan bahawa kalian tidak berasa apa2 tika jejaka2 diluar sana membaca update sebegitu rupa ya.. ^_^

Wajah Rahsia Hati..

        Saya menasihati bukan bererti saya cukup sempurna..saya juga punyai khilaf sini sana..Jika ada yang tidak kena..saya dengan tangan terbuka sedia menerima sebarang teguran..Tidak salah kalian mempamerkan status sedemikian rupa..saya amat memahami isi hati kalian..kita juga kaum hawa bukan? Tetapi sebaiknya..rasa itu dilemparkan terus kepada Yang Maha Esa..DIA penentu segalanya..DIA pencipta cinta..DIA pencetus bahagia..

        Buah Cempedak Di luar pagar..
Ambil Galah Tolong Jolokkan..
Saya Budak Baru Belajar..
Kalau Salah Tolong Tunjukkan..

Illal'liqo..Maas'salamah..
Assalamualaikum Warahamtullah Hiwabarakatuh.. n_n

Monday, December 24, 2012

Mereka Tetap Di Hati..

BismillahirRahmannirRahim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Agak pelik entry kali ni..
kenapa tajuknya mereka tetap di hati?
siapa 'mereka' tu?

Sahabat pendidik yang banyak membantu..
(yang tengah tu ibu kami semua..hehe..)

Entry kali ni saya rasa seperti nak berkongsi kenangan semasa saya mengajar di SRA Al Muqorrabin..atau nama lamanya SRA Darul Hikmah (SRADH)..
sekolah yang amat seronok..
bersebelahan masjid muqarrabin..bandar tasik selatan..
Pernah sampai ke sana?
cubalah pergi sekali sekala..masjidnya juga cantik..
ehhh ni nak cerita tentang sekolah ke tentang masjid?
hehe..maaf dehh...terkeluar topik laaa...
haaa..berbalik kepada tunjang cerita tadi..(hehe dah macam nak menulis karangan)..
sekolah ni..daripada guru sehinggalah pelajarnya..
teramatlah sporting..VERY SUPERB!!!
5 STAR!! Yeayy!!

KENANGAN..masa ni menang pertandingan bunga telur paling cantik & kreatif..
yg tgh2 tu ustaz fauzi..guru besar yg baik hati.. ^_^
yg pegang bunga tu ustzh hasliza..gpk 1 sekolah..

sejak bekerja di sekolah ni..macam2 ragam dah jumpa..
yang pasti sekolah ni memang SUPERB la!!
semuanya sporting sangat lah..

MAcam2 ragam kan?..hihi..lucu~

Time gotong royong pun sempat bergambar..anywhere..anytime..right? ^_^

Masa perhimpunan sekolah pun kami tetap bergambar..hehe..


hihi...'kegilaan' itu terbawa2 hingga ke dalam bilik guru..macam2 gaya daa..

macam macam ragam kan?..
pelbagai kerenah..pelbagai emosi..semuanya pelbagai..
kenagan tetap kenangan..
semuanya tinggal kenangan bila saya telah pun melangkah keluar dari sekolah itu setelah tamat kontrak..
tak sedih ke?
mau nya tak sedih..tapi perjalanan mesti diteruskan.. ^_^

Bertudung merah tu nadhirah..sahabat praktikal..
si kecik tu Humairah..anak salah seorang guru di sana..
tudung putih tu?..siapa ye?? ^_^

bukan sekadar gurunya yang very superb!!
tapi pelajarnya pun very2 cool!! sporting sangat..
yang terlebih rajin pun ada..

nak tanya tarikh lahir pun tulis surat..
garang sangat kot saya ni..hehe

kan?..budak2 ni memang terlebih rajin dalam penulisan.. ^_^

bila tengah sedih..dilanda masalah..
masuk je kelas gerenti tergelak..
ada je budak2 ni nak buat lawak..pandai mengambil hati..

Bersama Shazleeyana & Aiesya..
mereka ni rajin mengaji dgn saya walaupun musim exam..

Bersama pelajar sesi petang..darjah 4..

Pelajar comel saya..sesi pagi..rindu mereka.. T_T

tahun 2012 bakal ditamatkan dengan kenangan indah bersama mereka selama lebih kurang 6 bulan..
moga2 Allah masih lagi membuka peluang bagi diri ini untuk berjumpa mereka semula..
Kalian semua sentiasa di hati..
In Shaa Allah!!


Followers