Tuesday, June 10, 2014

Meniti Titian Usang

Alhamdullilah..lama sungguh rasanya tidak berkesempatan untuk mencoret di blog ini. Bila nak mula menulis semula rasa kaku jari untuk menaip. Fikiran pula seakan membeku tanpa mengeluarkan sebarang cetusan idea.

Kehidupan sekarang terasa seperti lengang pula..kadangkala terasa kosong juga. Cuba mencari jalan untuk memenuhkan kekosongan tersebut.Terbaru dalam cuti sekolah kali ni disebabkan rasa bosan yang teramat sangat di rumah maka saya mengambil keputusan untuk mebawa anak2 didik saya berjalan2 makan kfc..hehe..


Teringat pula kenangan semasa hari guru tempoh hari...tahun ni merupakan sambutan hari guru dan hari guru terbaik sepanjang saya bergelar pendidik..Alhamdullilah saya dinobatkan sebagai guru paling popular...keh3.. Populer ke? Kelakar je bunyinya sebab setahu saya ramai anak2 murid yang membebel sebab saya ni garang di dalam kelas..

sebahagian hadiah yang saya terima semasa sambutan hari guru

Alhamdullilah..walaupun umur dah menginjak tua tapi masih lagi ada anak2 didik yang menghargai saya.Sebenarnya bukanlah hadiah yang para guru inginkan cuma cukuplah sekadar kejayaan kalian dalam pelajaran serta mempunyai sahsiah yang terpuji. Bukan sahaja menjadi penyejuk mata buat ibu ayah malah menjadi ikon kebanggaan sekolah. Apa2 pun terima kasih daun keladi ye! heee ^_^


Sebenarnya saya bukanlah " The best teacher " sebagaimana yang ditulis murid ini. Tersenyum bila saya baca kad murid ni. Comel..Saya masih bertatih..merangkak untuk terus menapak dalam bidang perguruan ni. Yelah siapalah saya ni yang baru setahun jagung dalam bidang pendidikan jika hendak dibandingkan dengan orang lain yang dah lama berkecimpung dalam bidang ini . Tapi baru atau lama bukan alasan untuk dijadikan sandaran dan kayu ukur untuk menunjukkukan kelemahan kita hanya kerana alasan " saya masih baru dalam bidang ini". Opsss! Maaf itu bukan prinsip saya.

Bagi saya baru atau lama apa yang membezakan kita pengalaman serta kematangan kita di dalam berfikir serta bertindak. Tanggunjawab menanti. Akhirat juga menanti kita untuk dipersoalkan mengenai amanah ini. Nampak mudah dan ringan namun amanahnya terlalu berat tika dihadapkan di mahsyar kelak. 

InsyaAllah sepanjang bulan Julai nanti saya akan mula menghadapi peperiksaan akhir semester 4. Dakan saya agar dipermudahkan menjawab. Semoga kali ni saya mampu menaikkan lagi pointer yang sedia ada.InsyaAllah..Semangat2!!

Dah tak tahu nak merapu apa kat sini. InsyaAllah cuba mengumpul idea semula untu berkongsi suka duka manis pahit kehidupan yang sentiasa mewarnai hari saya. Ohh ya..tak lama lagi nak sambut ramadhan kan? Selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak. Terasa kelainan sedikit ramadhan dan syawal tahun ni. Tapi tak mengapa kerana ini jalan yang telah ditentukan olehNya..Perlu redha dan bersangka baik pada setiap ketentuan dariNya..

Selamat Cuti Sekolah...
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak..
Selamat Menyiapkan Tugasan..
Selamat Menduduki Peperiksaan...heeee....takuttt...

Followers