Friday, January 11, 2013

Nikmat apakah yang masih ingin engkau dustakan?

Alhamdullilah!!Alhamdullilah!!Alhamdullilah!!

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan hanya pada MU Illahi..
nikmat dan kurniaan dariMU tidak terjangkau akal fitrah insani..
entah bagaimana harus diterjemah dengan rasa..
harus bagaimana mesti ku luah dengan cerita..

Amboi2!! Bermadah pujangga nampak? Ada berita gembira ke?
Cer cter..Cer cter..

Jeng..Jeng..Jeng...Alhamdullilah..
11 Januari 2013 Hari Jumaat yang penuh barakah dan keberkatan..
Tepat pukul 10.45 pagi telah mendapat panggilan dari JAWI..

Eleh..JAWI call pun nak kecoh..orang lain "rumi" call tak kesah pon!!
hehehe~

Alhamdullilah..akhirnya..saya berjaya dalam temuduga yg telah saya hadiri tempoh hari ..
sangat2 bersyukur..!!
Terimbau kembali kenangan di mana sepatutnya saya telah mendapat lantikan ini setahun yang lepas..
tapi atas 'jasa baik' pihak tertentu yang 'sabotaj' saya..
akhirnya saya gagal mendapatkan lantikan walaupun berjaya dalam ujian bertulis dan lisan..
atas alasan yang amat tidak MUNASABAH!!
Alhamdullilah..orang-orang tersebut telah pun mendapat balasan yang setimpal..
dan berkat 'penindasan' itu saya berjaya mendapat lantikan..
walaupun dalam jabatan yang berbeza..
alhamdullilah..Sesungguhnya Allah mendengar doa orang yang dizalimi..

Dan kejayaan saya mendapatkan lantikan ini atas usaha seorang hamba Allah yang telah hampir 7 bulan pergi menghadap Illahi..
walaupun dirinya telah tiada..namun jasanya masih mengalir hingga ke hari ini..
tanpanya tidak mungkin saya berada di sini..
terima kasih hingga ke hujung nyawa..
in shaa Allah..syurga kediaman abadimu..
AllahummaAmin..,
Al Fatihah buat arwah...

Opsss !! Jangan sedih2!! cerita saya belum habis lagi ni..hehe

Allah itu Maha Kaya..Maha Mengetahui..
walau kini saya di dalam arus kejatuhan..
walau kini saya ibarat manusia yang hilang semangat..
umpama manusia yang tidak ingin bangkit kembali..
tetapi sifat Maha Pengasih Illahi..
menghadiahkan lantikan ini yang pastinya membuatkan saya tersenyum bahagia..
Alhamdullilah..
DIALAH sebaik-baik tempat untuk mengadu..

No comments:

Post a Comment

Followers