Thursday, January 3, 2013

WaJaH rAhSiA hAtI

Wanita muslimah itu..yang tidak memandang dan dipandang..

       Wanita Solehah itu yang seperti mana? Adakah cukup sekadar pemakaian yang tertutup dan tudung yang labuh? Atau mungkin cukup sekadar bergaya sopan di khalayak ramai? Mungkin juga berpewatakan baik di LAMAN SESAWANG ?? Yang mana satu ye? Hurmmm.. fenomena kini..di laman sosial terutamanya Facebook..Twitter..Whatssapp..Blogger sendiri pun dihujani bukan sekadar ratusan..ribuan..malah boleh dikatakan jutaan Wanita Muslimah yang giat memperkatakan mengenai Calon Imam..Pemilik Tulang Rusuk..Bersedia Menjadi Ma'mumnya..banyak lagi..

        SubhanaAllah!! Mulianya hasrat mereka..Salute!!..Benar..saya amat respect pada mereka..Alaa..Perli orang la tuu..macam laa tak tau..Husnuzon..Bersangka baiklah kalian..saya sendiri seringkali diingatkan oleh insan yang banyak menyedarkan saya hakikat kehidupan mengenai BERSANGKA BAIK..Jutaan terima kasih kepadanya..tanpanya saya mungkin masih alpa akan kepentingan bersangka baik ini..Ehh..berbalik pada cerita tadi..Betul..sikit pun saya tidak memerli mereka..malahan saya memang amat kagum..kerana mereka berani secara lantang menyuarakan hasrat hati mereka..

        Tetapi..Bukankah wanita solehah itu Tidak Memandang dan Dipandang? Apa kaitan update status dengan statement ni? Banyak sangat kaitannya..Bila mana kita mengupdate sesuatu pastinya jutaan manusia akan membaca penulisan kita walau hanya dari segi penulisan bukannya wajah. Bukankah tidak manis sebegitu..Yela..bayangkan apa yang kita tulis dibaca oleh seorang lelaki bukan mahram..Dushhh!! Malunya!! Jangan katakan bahawa kalian tidak berasa apa2 tika jejaka2 diluar sana membaca update sebegitu rupa ya.. ^_^

Wajah Rahsia Hati..

        Saya menasihati bukan bererti saya cukup sempurna..saya juga punyai khilaf sini sana..Jika ada yang tidak kena..saya dengan tangan terbuka sedia menerima sebarang teguran..Tidak salah kalian mempamerkan status sedemikian rupa..saya amat memahami isi hati kalian..kita juga kaum hawa bukan? Tetapi sebaiknya..rasa itu dilemparkan terus kepada Yang Maha Esa..DIA penentu segalanya..DIA pencipta cinta..DIA pencetus bahagia..

        Buah Cempedak Di luar pagar..
Ambil Galah Tolong Jolokkan..
Saya Budak Baru Belajar..
Kalau Salah Tolong Tunjukkan..

Illal'liqo..Maas'salamah..
Assalamualaikum Warahamtullah Hiwabarakatuh.. n_n

No comments:

Post a Comment

Followers