Thursday, November 7, 2013

Khatam Al Quran Perdana JAWI

Alhamdullilah setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Illahi kerana buat kali keduanya saya berpeluang menyertai Majlis Khatam Al Quran Perdana Peringkat Jabatan Wilayah Persekutuan ( JAWI )... Walaupun untuk tahun ini saya hadir sebagai guru pengiring bagi sekolah yang berbeza dari tahun lepas ( kena tukar ler)

Majlis di adakan seperti biasa di Masjid Negara....

Layan gambar jela ye..Macam takde idea nak cerita apa..Letih..Tangan sakit akibat pegang bunga pahar lama sangat

~ Bergambar bersama bekas anak2 murid saya ~


~ Bersama guru sekolah lama saya mengajar tahun lepas..walaupun saya dah ke sekolah lain Alhamdullilah ukhuwah kami tetap utuh ~


~ Bergambar bersama guru yang sebilik dengan saya masa kursus di Pahang ~


~ Heee... layannnn ~


She's the one that i love ...

Tiba-tiba ada sorang murid tanya ustazah.."walaupun ke mana pun ustazah...tudung ustazah mesti ada bunga"..hehe...Trademark agaknya.. ^_^





Monday, November 4, 2013

Salam Maal Hijrah 1435H

BismillahirRahmannirRahim...Alhamdullilah segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Setelah sekian lama saya menyepi dari dunia blog akhirnya saya kembali setelah Allah menganugerahkan saya sedikit masa terluang. Hari ni genap 1 Muharram 1435H...Dah masuk tahun baru maknanya umur pun makin meningkat la jika mengikut kalendar hijrah kan? Bermakna usia saya telah menjangkau 22 tahun ( tua dahhhh ).. ^_^...

Setiap kali masuk tahun baru mesti kita pasang azam banyak-banyak kan?

"Ehh nama aku memang azam pun "
" Alaaa setiap kali tahun baru aku pasang azam yang sama je..malas fikir "
" Pasang azam pun buat apa bukannya aku laksanakan pun! "

Pelbagai perspektif setiap kali masuk tahun baru.( saya tak terkecuali )  Untuk tahun baru Hijrah ni saya berazam untuk menjadi sebenar-benar muslimah ( "Eleh..poyo je..esok buat balik" )..Heeee.... ^_^  InsyaAllah dah masuk tahun baru bermakna bermulalah perjalanan yang makin mencabar buat diri saya.( dup dap dup dap ) Usia pun dah meningkat maka perwatakan harus seiring dengan usia.( Jgn berfikiran 'kolot' lagi yeee )

Jika sebelum ni sikap saya seperti keanak-anakan.( manja la kononnya ).ego..keras kepala..tak reti pandang kesalahan sendiri..( Sampai pernah digelar 'wali' )..Allahurabbi..Hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa malunya diri saya ketika itu..Bukannya malu kerana diperkatakan sebegitu..Tapi malu membayangkan entah bagaimana keadaan saya tika di padang mahsyar nanti..Tika Allah menayangkan semula semua perbuatan saya di dunia? Ya Ghaffar..aku malu padaMU.. T_T

Syukurlah masih ada yang menyedarkan saya dengan berhikmah. Andai saya terus dibiarkan hanyut dengan 'Istidraj' ini apa yang mampu saya jawab di hadapan Yang Maha Esa nanti ? Kerap kali saya ditegur tentang sikap saya. Tapi dek kerana bisikan ' syaitan ' saya membiarkan sahaja..Buat tak endah je. Sehinggalah pada satu tahap di mana saya 'dilempar' kata-kata yang amat 'menyakitkan' berpunca dari kesilapan dan keegoan saya sendiri...saya mulai sedar... Hidup ini perlu berpaksikan Tuhan bukan 'nafsu' semata...

Allahurabbi..malunya aku padaMU tika ini.Aku berpijak di bumiMU..aku menikmati rezekiMU..aku menghirup udara dariMU..aku melihat segala kurniaanMU.. Namun jarang aku mengucap kata syukur..Sehinggalah aku disedarkan ketika salah satu anugerah percuma itu di tarik dariku..

Sesedarnya aku di suatu pagi..entah mengapa tiada suara yang keluar dari mulutku..terasa seakan sesak pernafasanku..terasa seakan tekak ku semakin membengkak dan berdarah ( Ya Allah..masih sempatkah untukku membalas jasa dan pengorbanan ibu dan abangku ? ) Menitis air mata tika nikmat kurniaan itu ditarik olehNYA...

Mungkin ini 'amaran' dari Allah agar aku menyedari kesilapan yang telah banyak aku taburkan selama ini. 3 hari sudah berlalu namun pernderitaan atas kesakitanku ini masih juga belum beransur kurangnya..

Ya Aziz...andai ini asbab kepada kaffarah dosa laluku..aku redha..Letakkan hatiku serendah-rendah rasa kehambaan hanya PadaMU...

Sudah terlambatkah aku untuk memperbetulkan apa yang telah di bina? T_T

Seandainya arwah baba masih ada..pasti dia malu melihat sikapku ini..Allah.. T_T

Followers