Sunday, November 30, 2014

Program Titian Kasih anjuran UKM di Rumah Jagaan Warga Emas Al Ikhlas Puchong bersama kumpulan nasyed PAWANA

Alhamdullilah, setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kepada Allah kerana sekali lagi mengizinkan saya mengelolakan satu lagi program di bawah kelolaan yang yang juga merupakan final projek buat kami di semester 5.

Sejak semester 3 kami diberikan amanah menganjurkan program berbentuk ilmiah dan bakti khidmat masyarakat bagi salah satu subjek yang diambil.

Alhamdullilah, semester 3 yang lepas kumpulan saya telah mengadakan program di salah sebuah sekolah bersama pensyarah kami iaitu Prof Madya Dr Hanan Kassan.Program terebut erupakan program pertama yang pernah saya kelolakan. Beralih kepada seester 4 kami sebulat suara memilih Felda Jelai  untuk mengadakan program bersama warga felda di sana. Alhamdullilah program sekali lagi berjaya dengan lancar dan paling menggembirakan apabila kami berjaya mengundang Ustaz Zamri Mantop sebagai tetamu jemputan bagi slot forum pada malam itu. Tidak kurang juga kemeriahan program kami apabila turut dihadiri oleh seorang pelakon veteren yang lebih mesra dikenali sebagai Mak Mah (Ruminah Sidek )

Terkini, 29 November yang lalu, sekali lagi kami berjaya menjayakan program terakhir iaitu di Rumah Warga Emas Al Ikhlas Puchong. Kali ini program kami disertai oleh kumpulan Nasyeed PAWANA. Alhamdullilah, memandangkan mereka merupakan sahabat saya maka dipermudahkan urusan menjemput mereka membuat show di program kami bagi menghiburkan penghuni rumah tersebut.


Bergambar kenangan bersama barisan ahli PAWANA NASYEED ( berbaju koperat merah ) dan PA mereka (berbaju koperat biru kuning) selepas selesai slot bersama mereka.hihi lawak sebenarnya bila secara tidak dirancnang saya turut berpakaian berwarna merah seperti mereka ^_^

Bergambar sebelum beransur pulang. ( Ok jangan pelik melihat tangan saya yang berbalut. itulah akibatnya memandu melebihi had laju...hehe )

~ candid ~

Gambar ni di whatsapp oleh salah seorang ahli team nasyid tersebut yang merupakan sahabat saya. Katanya PA mereka yang ambil gambar ni secara curi-curi. Haishh acam mana saya tak sedar ni?? Hamboi siap berkirim salam ye.....
Layankan aje~
Bila dilihat semula rare juga gambar ni sebenarnya...tangan berbalut kemas..hihi ^_^
terima kasih tuan PA untuk gambar ni ^_^

Friday, November 21, 2014

Jamuan Akhir Tahun Barisan Para Guru Di Nasi Arab

Alhamdullilah semalam merupakan hari terkahir bagi sesi persekolahan 2014. Kesemua murid dan guru akan mula bercuti pada hari ini. Paling menarik sekolah saya mengadakan faily day bermula hari ni sehingga esok di Melaka.Moga Allah lancarkan urusan kami sepanjang di sana.

Pelbagai coretan suka duka sepanjang sesi persekolahan tahun ini dan semestinya semua ini mendatangkan pengalaman yang sangat bermakna bagi sy yang masih mentah dalam bidang ini. InsyaAllah segala kesalahan dan ketempangan dalm tanggungjawab yang dijalankan sebelum ini akan saya prbetulkan dari semasa ke semasa.


Barisan para guru SRA AL Zamakhsyari 2014.

Alhamdullilah mereka semua mempunyai 1001 ragam yang kadangkala membuatkan saya tersenyum sendiri. Paling meriah tahun ni bila sekolah menerima 2 orang ustaz baru dari pihak JAWI. Alhamdullilah kehadiran mereka telah memudahkan kerja kami memandangkan jumlah murid yang agak ramai di sekolah tersebut. ( ehem2...sorang lagi bujang tu tau..kikiki )...

Mengenali mereka semua adalah pengalaman terbaik dalam hidup saya.Bekerja bersama mereka sepanjang 2 tahun ini sesuatu yang amat mendatangkan pengalaman berharga buat saya. Alhamdullilah guru baru yang didatangkan ke sekolah kami juga amat ringan tulang dan tidak pernah lokek dalm menghulurkan bantuan.

Alhamdullilah sekolah telah berjaya meningkatkan prestasi di dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama ( UPSRA ) di mana peningkatakan ini menjangkaui target kami para guru.
Alhamdullilah. plaing mengejutkan majoriti murid mendapat cemerlang dalam pelajaran Khat. SubhanaAllah.Maha SUci Allah.

Moga kita terus istiqomah dalam mengekalkan momentum kecemerlangan ini bahkan berusaha dengan lebih gigih pada tahun hadapan.

InsyaAllah...
Kejayaan milik bersama.

Tuesday, October 28, 2014

Sawang..sesawang ^_^

SubhanaAllah....
terlalu lama saya meninggalkan blog ini sepi tanpa sebarang coretan.Kadangkala teringat juga untuk menulis namun masa membataskan saya berbuat demikian. Mana tidaknya, isnin hingga jumaat saya agak sibuk di sekolah, manakala, hujung minggu pula saya sibuk dengan pengajian saya di Universiti. Dan tambahan, saya kini sedang bergiat aktif dalam dunia motivasi. InsyaALlah doakan saya ye moga Allah iringkan keredhaan dan kemanisan iman sepanjang jalan dakwah ini.

Alhamdullilah, Allah itu Maha Besar, Allah itu Maha Adil, walau saya baru berada dalam bidang perguruan namun tahun ini saya telah diberikan kepercayaan oleh pihak jabatan setelah saya dilantik sebagai Ketua Pengawas UPKK yang lalu. Syukur kerana diberikan kesempatan untuk saya menimba ilmu dan pengalaman dalam menggalas amanah yang berat ini.


Alhamdullilah...Allah hadirkan mereka di saat saya amat memerlukan tempat berpaut.Ukhuwah itu indah jika berpaksikan Allah.


                               Berkongsi sedikit sesi taaruf semasa kem motivasi berlangsung.

Sedang berlangsung...kem~

Alhamdullilah...sepanjang kem kami sentiasa menerapkan anak-anak supaya makan berjemaah dalam dulang bagi mengeratkan lagi ukhuwah LillahiTaala

Haaaa...Berbalik semula pada al kisah saya menjaga peperiksaan baru-baru ini, saya kongsikan sekeping gambar kenangan bersama calon-calon peperiksaan UPKK di sekolah saya bertugas pada hari terakhir peperiksaan berlangsung.


SubhanaAllah...baru menjejakkan kaki tak sampai seminggu di sekolah ni, tapi kemesraan anak-anak ini bagaikan telah lama mengenali saya. Sayang kalian Fillah.

Terbaru,rehlah (family day) bersama adik beradik team usrah consultant di Teluk Kemang...Memang Oshemm!! Superb!!Alhamdullilah Allah izin saya memandu sendiri kenderaan yang telah lama saya idamkan selama ini.Mudah2an kenderaan ini tetap setia bersama saya menemani setiap gerak dakwah yang saya susuri.Rezeki itu milik Allah,bila kita berusaha InsyaAllah DIA akan memurahkan rezeki buat kita.Alhamdullilah,sujud syukur hanya padaMU di atas limpahan rezeki ini.Aamiin.

adik beradik team usrah~

~ Banana boat time!!~

Saya juga telah diamanahkan untuk menjadi fasilitator bagi program di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah bagi pelajar-pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSRA iaitu program PUNCAK..Program Menuju kecemerlangan.



Alhamdullilah, akhirnya Allah izin saya berkongsi sedikit sebanyak bingkisan perjalanan saya.Mudah2an Allah melapangkan lagi ruang bagi saya untuk terus menjengah blog ini.

Dakwah itu Sunnah
Dakwah itu Ibadah
^_^

Sunday, August 31, 2014

Aturan Allah itu indah

Alhamdullilah bermula jumaat lalu sehingga hari ini saya telah terlibat di dalam kem motivasi bagi pelajar tahun 5 & 6 di sebuah SRA bawah Jabatan Agama Islam Malaysia (JAWI) yang telah menjemput consultant kami iaitu GUTC sebagai pengendali kem motivasi tersebut.

Apa itu GUTC ye??

.

Aturan Allah itu sememangnya amat indah. Dihadirkan ujian yang getir buat saya selama ini bagi 'mengusung' diri saya untuk terlibat di dalam dunia motivasi. InsyaAllah, saya mencari kebahagiaan dalam berdakwah.


Sahabat teman seperjuangan sepanjang kem motivasi berlangsung. Keakraban kami seperti adik beradik.Alhamdullilah Allah hadirkan insan yang baik-baik di sisi saya bagi meneruskan perjalanan ini.
Yang penting antara semua saya tetap yang paling muda..hehe..


Bergambar selepas tamat kem motivasi tengah hari tadi. Melihat keberhasilan di penghujung program segala penat lelah terasa hilang begitu sahaja. Alhamdullilah, benarlah sesuatu yang kita lakukan dengan niat ikhlas LillahiTaala insyaAllah keberhasilannya amat menakjubkan.




Sesi bertaaruf bersama adik-adik SRA Al Maturidi.Murid-murid sini memang sangat Oshem!! 


Sepanjang kem, anak-anak serta barisan urusetia dibiasakan makan menggunakan talam. Dengan harapan dan tujuan agar ukhuwah itu semakin akrab malah kasih sayang itu lebih terjalin.

Adik beradik team GUTC yang sangat Oshem!!




Ok!! Gambar ni paling lawak. Macam mana la saya boleh tak sedar ada yang sedang ambil gambar saya? Haishhh! khusyuk sangat la tengok malam kebudayaan budak-budak ni.Nasiblah gambar tengah senyum..hehe~



Hari terakhir kem motivasi kecemerlangan.
Moga Allah redha usaha dakwah ini.
Tak banyak yang ingin saya nukilkan pada entry kali ini.Terasa ketandusan idea. Mungkin kerana letih semasa kem masih belum hilang.

Doakan agar saya terus menelusuri jalan dakwah ini dengan niat mengejar Mardhatillah semata2.

"Saya mencari bahagia dalam berkahwah"

InsyaAllah....

Friday, August 29, 2014

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2014

Alhamdullilah.petang ini sekolah saya selesai melaksanakan program hari kemerdekaan peringkat sekolah.Walaupun kurang meriah berbanding tahun lepas namun apabila semuanya dipermudahkan itu memang terbaik..


Bergambar bersama permata hati saya semasa waktu rehat.Daripada awal tahun sampai sekarang saya masih belum mampu membezakan dua orang kebar yang menjadi pengapit saya ni. Yang mana kakak yang mana adik saya sendiri tak pasti. Dalam kelas saya hanya akan panggil kembar sahaja. Heee~ itulah kelemahan saya bila mendapat anak murid kembar.



Aktiviti di sebelah pagi. ALhamdullilah ni sahaja la aktiviti bebudak ni suka bila dah habis peperiksaan setara II. Pepagi lagi nampak je muka saya ayat pertama yang akan keluar dari ulut mereka " Ustazah bila kita nak bergambar?" ok lah..layankan sahaja kerenah mereka. Mereka hanya perlukan kasih sayang seorang guru insyaAllah tugas kita dalam mendidik akan menjadi mudah.




Haaa...ni anak murid saya yang paling suka mengikut mana saya pergi. Bahkan setiap hari anak bertuah ni akan mencari saya di setiap kelas. Pandai pula ye cari saya kat kelas mana. Gemar dapat mencari saya setiap hari semata2 bertanya khabar sahaja. Moga dirimu menjadi anak yang soleh dunia akhirat. Jangan hanya mengejar pelajaran namun selarikan juga dengan akhlak dan adab . InsyaAllah dirimu bukan sahaja disenangi di dunia malahan di akirat. Aamiin!!


Jika ada selain ibu bapa yang memanggil saya ustazah lazimnya saya akan menyuruh mereka memanggil saya dengan nama sahaja. Kerana saya amat kurang gemar dipanggil ustazah. Lihat sahaja dari sudut penampilan amat jauh berbeza dengan tilte ustazah yang sebenar. Hakikatnya saya hanya mampu menjadi diri sendiri daripada berpura-pura berlakon di sekolah sebagai seorang guru agama. Biarlah penampilan dan perwatakan kita di sekolah selari dengan penampilan dan perwatakan kita di luar sekolah.

Alhamdullilah Allah 'isi' cuti semester saya kali ni terisi dengan aktiviti yang amat berfaedah. Hampir setiap hujung minggu saya mendapat jemputan kem motivasi dari pelbagai sekolah. Moga Allah redha. Moga Allah permudahkan. Moga Allah jadikan derap langkah ini sebagai ibadah yang boleh menjana saham saya di sana.

Wednesday, August 27, 2014

Da'i Pendakwah Milenia

Sudah pasti boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia pasti menonton rancangan Da'i Pendakwah Milenia. Bermula dari musim pertama hingga musim ke 2..Tidak kurang hebatnya setiap peserta yang berjaya menempatkan diri mereka di pentas dakwah tersebut.

Namun, apa yang ingin saya nukilkan hari ini bukannya mengenai pentas dakwah tersebut kerana, da'i-da'i tersebut jauh lebih hebat berbanding diri saya yang amat kerdil ini.

Da'i Pendakwah Milenia Musim ke 2 sebenarnya lebih menarik minat saya.

KENAPA ??


Melihat gambar sahaja pasti semuanya amat mengenali johan bagi episod pertama minggu lalu bukan? Da'i Nik Ahmad Farhan Bin Nik Muhammad. Alhamdullilah kehebatan serta kepetahannya dalam menyampaikan dakwah amat terkesan di hati semua yang menonton rancangan tersebut pada malam itu.

Melihat sahaja penglibatan da'i ini lantas saya teringat akan kenangan tahun lalu yang mana saya telah menjemput da'i ini sebagai penceramah bagi mengendalikan satu slot program yang dikendalikan oleh saya. Alhamdullilah, terbukti penceramah yang saya jemput bukan sekadar penceramah biasa yang dikatakan 'membosankan' murid.

Yela mana tidaknya ada pula 'suara sumbang' ketika saya melaksanakan program tersebut di sebuah sekolah menyatakan ketidakpuasan hati kerana murid terlalu di dedahkan dengan ceramah motivasi sepanjang hari.

Murid dah naik jelek ye???

Sebenarnya ada beza di antara penceramah yang kalian jemput dengan penceramah yang saya jemput. Saya tahu di mana kekuatan dan psikologi penceramah yang saya undang. Walau saya kelihatan masih ' mentah ' semasa mengendalikan program tahun lalu, namun hari ini saya tersenyum puas setelah melihat penceramah jemputan saya ini di kaca TV.

Maka, saya berjaya membuktikan bahawa murid-murid ketika itu tidak disajikan dengan 'ceramah kosong' sepanjang hari. Lagipun seingat saya, slot ceramah ini hanya memakan masa tidak sampai 2 jam. Selebihnya bukan penceramah jemputan saya. Melainkan slot pada malam hari bersama pensyarah saya sendiri.

Alhamdullilah..pengalaman memberikan kematangan kepada saya..
Tanpa kritikan ' pedas' tersebut rasanya saya tidak mampu berada di posisi saya sekarang.

Alhamdullilah!!
Alhamdullilah!!
Alhamdullilah!!


Keep vote for Da'i Farhan...
Tahniah kerana berjaya merangkul markah penuh pada episod pertama..
Teruskan mencari bahagia dalam berdakwah

Sunday, August 24, 2014

Aturan Allah Itu Indah

Alhamdullilah rasanya sudah berbulan-bulan lamanya saya tidak menaip entry di blog ini. Entah dah berhabuk atau bersawang saya sendiri tidak pasti. Terkadang idea melimpah ruah untuk menulis namun kekangan masa membataskan saya untuk menaip entry terbaru. Alhamdullilah hari ni Allah buka ruang untuk saya meluangkan waktu menaip entry ni.

Selama berbulan-bulan saya menyepi Allah titipkan pelbagai ujian buat saya. Ujian yang mendatang membuat saya pernah terfikir sebesar manakah dosa saya sehingga diuji seberat ini? Tak tertanggung jasad dan hati melalui setiap perjalanan hari dalam menelan  jerit perih ujian yang membaluti diri.

Alhamdullilah setelah hampir 3 bulan berada dalam 'zaman duka' saya berjaya menghadapi peperiksaan akhir di universiti dalam keadaan tenang dan menjawab dengan baik walaupun berada dalam keadaan yang sangat 'down'.InsyaAllah esok keputusan peperiksaan tersebut akan diumumkan. Semoga Allah memberikan kejayaan buat saya selari dengan usaha tempoh hari.

Benarlah janji Allah Yang Maha Ar Rahim. Setiap kesulitan itu pasti DIA akan menggantikan dengan kemudahan. Disebalik setiap kedukaan itu Allah pasti hadirkan kegembiraan . Disebalik kesabaran itu Allah pasti melimpahkan dengan sesuatu yang kita tak pernah duga.

Satu persatu Allah 'hadiahkan' saya senyuman setelah berbulan-bulan dirundung duka.

ALhamdullilah, sejak sebulan lalu saya kian bergiat aktif dalam dunia motivasi.Setiap hujung minggu saya terisi dengan slot2 motivasi serta kem kepimpinan malahan kem kecemerlangan pelajar.Alhamdulliah setiap minggu saya mendapat jemputan dan diberikan amanah untuk mengendalikan kem motivasi bersama2 sahabat2 seperjuangan di bawah 1 consultant yang sama.

Indah aturan Allah bukan?

Khabar terbaru yang amat memeranjatkan saya namun membahagiakan hati saya dalam masa yang sama adalah apabila saya menghadiri mesyuarat guru di sekolah. Di dalam mesyuarat tersebut diumumkan bahawa saya telah diamanahkan untuk menjadi Ketua Pengawas bagi peperiksaan besar di sekolah agama.

Allahuakbar! Allah Ya Kareem! Allah Ya Aziz! Pada Mu ku bersujud sebagai tanda syukur.

Sejujurnya tidak pernah langsung terlintas di fikiran saya untuk menjadi ketua pengawas memandangkan saya masih baru di dalam dunia pendidikan. Tahun lepas saya cuma menjadi pengawas peperiksaan sahaja.Alhamdullilah.

Moga Allah redha setiap derap langkah yang saya lalui.
Moga Allah memberikan kejayaan dalam keputusan peperiksaan yang bakal saya terima esok.
Moga Allah permudahkan derap langkah dakwah saya.

Mudah2an dengan permulaan sebagai motivator kepada pelajar mampu meluaskan dan membuka ruang kepada saya untuk melangkah setapak ke hadapan sebagai pendakwah kepada masyarakat.

Terus tembak doa agar Allah menyertai di setiap gerak dakwah yang saya lalui .


Followers