Tuesday, January 8, 2013

ErTi UjIaN

     Bila ditimpa sesuatu ujian seringkali kita merasakan ianya amat berat untuk ditanggung..rasanya ramai juga yang berfikir begini " Argghh!!kenapa mesti aku yang diuji? kenapa bukan orang lain?" atau mungkin juga begini " tak guna betul..asyik aku je ditimpa musibah..besar sangat ke dosa aku?" Tidak kurang juga yang mula hilang pertimbangan lantas merendahkan martabat iman...Astaghfirullah!! 

  Saudari/ri seislamku.. Tidak semua hamba diuji..Tidak semua hamba dicabar ketabahan hatinya..Bersyukurlah tika kita menjadi insan pilihan Illahi..Elehh..kau ni dah kenapa..seronok sangat kena ujian? kau tak rasa bolehlah kecoh!!" Sabar..bukan begitu maksud saya..Bukannya saya tidak pernah diuji..saya juga serigkali diuji..Bahkan seringkali diuji dengan kematian..permergian insan disekeliling.InnaAllahama'ana..Sesungguhnya Allah bersama-sama kita..

       Dari pengalaman banyak mengajar kita erti kehidupan yang sebenar..Saya juga bukan manusia yang sempurna.Saya hanya seorang insan dan hamba yang kerdil yang menumpang di bumi Allah ini tanpa membayar apa-apa kepadaNya..Astaghfirullah..saya malu..saya menumpang namun Allah sedikitpun tidak meminta apa-apa bayaran ..bukan sahaja dari saya malahan kita semua.Bahkan Allah mengurniakan anggota badan yang sempurna..akal fikiran yang waras..kecerdasan dalam berfikir untuk setiap tindakan..tapi apa balasan yang kita beri?

       Tepuk dada tanya iman..Apa yang telah kita beri pada Illahi..Berjuta malahan Berbilion rahmat dan kesenangan yang telah Allah pinjamkan kepada kita tanpa sebarang bayaran..tapi apa yang telah kita beri?? Lantas bila Allah percikkan sedikit ujian kita dah mula mengeluh..melenting..marah.. Apa lagi sebenarnya yang kita inginkan dalam kehidupan?

        Saya teramat faham..dalam dunia ni mana ada ujian yang tak berat kan? Semua ujian yang datang terrrrramat lahhhhhh beratnya...Itulah gunanya ujian itu datang..untuk apa ye?? Untuk menguji tahap KEIMANAN kita.."ehhh tak de ujian pun kan dah boleh uji keimanan?" ..Memanglah boleh tapi seteguh mana tahap keimanan kita hanya akan terbukti bila diuji..sebab dari situ akan diuji tahap kesabaran..ketabahan dan keteguhan hati..

          Akhir kalam..Bersabarlah tika dilanda badai ujian..Ketahuilah bahawa tika kita merasakan amat berat diuji, di luar sana masih ramai yang di uji lebih dahsyat berbanding kita..Manusia semuanya sama..Hanya iman dan amal yang akan menjadi pembezanya..in shaa Allah..


Teguhkan hati..in shaa Allah..anda mampu mengahadapi!!
     

     


No comments:

Post a Comment

Followers