Sunday, August 31, 2014

Aturan Allah itu indah

Alhamdullilah bermula jumaat lalu sehingga hari ini saya telah terlibat di dalam kem motivasi bagi pelajar tahun 5 & 6 di sebuah SRA bawah Jabatan Agama Islam Malaysia (JAWI) yang telah menjemput consultant kami iaitu GUTC sebagai pengendali kem motivasi tersebut.

Apa itu GUTC ye??

.

Aturan Allah itu sememangnya amat indah. Dihadirkan ujian yang getir buat saya selama ini bagi 'mengusung' diri saya untuk terlibat di dalam dunia motivasi. InsyaAllah, saya mencari kebahagiaan dalam berdakwah.


Sahabat teman seperjuangan sepanjang kem motivasi berlangsung. Keakraban kami seperti adik beradik.Alhamdullilah Allah hadirkan insan yang baik-baik di sisi saya bagi meneruskan perjalanan ini.
Yang penting antara semua saya tetap yang paling muda..hehe..


Bergambar selepas tamat kem motivasi tengah hari tadi. Melihat keberhasilan di penghujung program segala penat lelah terasa hilang begitu sahaja. Alhamdullilah, benarlah sesuatu yang kita lakukan dengan niat ikhlas LillahiTaala insyaAllah keberhasilannya amat menakjubkan.




Sesi bertaaruf bersama adik-adik SRA Al Maturidi.Murid-murid sini memang sangat Oshem!! 


Sepanjang kem, anak-anak serta barisan urusetia dibiasakan makan menggunakan talam. Dengan harapan dan tujuan agar ukhuwah itu semakin akrab malah kasih sayang itu lebih terjalin.

Adik beradik team GUTC yang sangat Oshem!!




Ok!! Gambar ni paling lawak. Macam mana la saya boleh tak sedar ada yang sedang ambil gambar saya? Haishhh! khusyuk sangat la tengok malam kebudayaan budak-budak ni.Nasiblah gambar tengah senyum..hehe~



Hari terakhir kem motivasi kecemerlangan.
Moga Allah redha usaha dakwah ini.
Tak banyak yang ingin saya nukilkan pada entry kali ini.Terasa ketandusan idea. Mungkin kerana letih semasa kem masih belum hilang.

Doakan agar saya terus menelusuri jalan dakwah ini dengan niat mengejar Mardhatillah semata2.

"Saya mencari bahagia dalam berkahwah"

InsyaAllah....

Friday, August 29, 2014

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2014

Alhamdullilah.petang ini sekolah saya selesai melaksanakan program hari kemerdekaan peringkat sekolah.Walaupun kurang meriah berbanding tahun lepas namun apabila semuanya dipermudahkan itu memang terbaik..


Bergambar bersama permata hati saya semasa waktu rehat.Daripada awal tahun sampai sekarang saya masih belum mampu membezakan dua orang kebar yang menjadi pengapit saya ni. Yang mana kakak yang mana adik saya sendiri tak pasti. Dalam kelas saya hanya akan panggil kembar sahaja. Heee~ itulah kelemahan saya bila mendapat anak murid kembar.



Aktiviti di sebelah pagi. ALhamdullilah ni sahaja la aktiviti bebudak ni suka bila dah habis peperiksaan setara II. Pepagi lagi nampak je muka saya ayat pertama yang akan keluar dari ulut mereka " Ustazah bila kita nak bergambar?" ok lah..layankan sahaja kerenah mereka. Mereka hanya perlukan kasih sayang seorang guru insyaAllah tugas kita dalam mendidik akan menjadi mudah.




Haaa...ni anak murid saya yang paling suka mengikut mana saya pergi. Bahkan setiap hari anak bertuah ni akan mencari saya di setiap kelas. Pandai pula ye cari saya kat kelas mana. Gemar dapat mencari saya setiap hari semata2 bertanya khabar sahaja. Moga dirimu menjadi anak yang soleh dunia akhirat. Jangan hanya mengejar pelajaran namun selarikan juga dengan akhlak dan adab . InsyaAllah dirimu bukan sahaja disenangi di dunia malahan di akirat. Aamiin!!


Jika ada selain ibu bapa yang memanggil saya ustazah lazimnya saya akan menyuruh mereka memanggil saya dengan nama sahaja. Kerana saya amat kurang gemar dipanggil ustazah. Lihat sahaja dari sudut penampilan amat jauh berbeza dengan tilte ustazah yang sebenar. Hakikatnya saya hanya mampu menjadi diri sendiri daripada berpura-pura berlakon di sekolah sebagai seorang guru agama. Biarlah penampilan dan perwatakan kita di sekolah selari dengan penampilan dan perwatakan kita di luar sekolah.

Alhamdullilah Allah 'isi' cuti semester saya kali ni terisi dengan aktiviti yang amat berfaedah. Hampir setiap hujung minggu saya mendapat jemputan kem motivasi dari pelbagai sekolah. Moga Allah redha. Moga Allah permudahkan. Moga Allah jadikan derap langkah ini sebagai ibadah yang boleh menjana saham saya di sana.

Wednesday, August 27, 2014

Da'i Pendakwah Milenia

Sudah pasti boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia pasti menonton rancangan Da'i Pendakwah Milenia. Bermula dari musim pertama hingga musim ke 2..Tidak kurang hebatnya setiap peserta yang berjaya menempatkan diri mereka di pentas dakwah tersebut.

Namun, apa yang ingin saya nukilkan hari ini bukannya mengenai pentas dakwah tersebut kerana, da'i-da'i tersebut jauh lebih hebat berbanding diri saya yang amat kerdil ini.

Da'i Pendakwah Milenia Musim ke 2 sebenarnya lebih menarik minat saya.

KENAPA ??


Melihat gambar sahaja pasti semuanya amat mengenali johan bagi episod pertama minggu lalu bukan? Da'i Nik Ahmad Farhan Bin Nik Muhammad. Alhamdullilah kehebatan serta kepetahannya dalam menyampaikan dakwah amat terkesan di hati semua yang menonton rancangan tersebut pada malam itu.

Melihat sahaja penglibatan da'i ini lantas saya teringat akan kenangan tahun lalu yang mana saya telah menjemput da'i ini sebagai penceramah bagi mengendalikan satu slot program yang dikendalikan oleh saya. Alhamdullilah, terbukti penceramah yang saya jemput bukan sekadar penceramah biasa yang dikatakan 'membosankan' murid.

Yela mana tidaknya ada pula 'suara sumbang' ketika saya melaksanakan program tersebut di sebuah sekolah menyatakan ketidakpuasan hati kerana murid terlalu di dedahkan dengan ceramah motivasi sepanjang hari.

Murid dah naik jelek ye???

Sebenarnya ada beza di antara penceramah yang kalian jemput dengan penceramah yang saya jemput. Saya tahu di mana kekuatan dan psikologi penceramah yang saya undang. Walau saya kelihatan masih ' mentah ' semasa mengendalikan program tahun lalu, namun hari ini saya tersenyum puas setelah melihat penceramah jemputan saya ini di kaca TV.

Maka, saya berjaya membuktikan bahawa murid-murid ketika itu tidak disajikan dengan 'ceramah kosong' sepanjang hari. Lagipun seingat saya, slot ceramah ini hanya memakan masa tidak sampai 2 jam. Selebihnya bukan penceramah jemputan saya. Melainkan slot pada malam hari bersama pensyarah saya sendiri.

Alhamdullilah..pengalaman memberikan kematangan kepada saya..
Tanpa kritikan ' pedas' tersebut rasanya saya tidak mampu berada di posisi saya sekarang.

Alhamdullilah!!
Alhamdullilah!!
Alhamdullilah!!


Keep vote for Da'i Farhan...
Tahniah kerana berjaya merangkul markah penuh pada episod pertama..
Teruskan mencari bahagia dalam berdakwah

Sunday, August 24, 2014

Aturan Allah Itu Indah

Alhamdullilah rasanya sudah berbulan-bulan lamanya saya tidak menaip entry di blog ini. Entah dah berhabuk atau bersawang saya sendiri tidak pasti. Terkadang idea melimpah ruah untuk menulis namun kekangan masa membataskan saya untuk menaip entry terbaru. Alhamdullilah hari ni Allah buka ruang untuk saya meluangkan waktu menaip entry ni.

Selama berbulan-bulan saya menyepi Allah titipkan pelbagai ujian buat saya. Ujian yang mendatang membuat saya pernah terfikir sebesar manakah dosa saya sehingga diuji seberat ini? Tak tertanggung jasad dan hati melalui setiap perjalanan hari dalam menelan  jerit perih ujian yang membaluti diri.

Alhamdullilah setelah hampir 3 bulan berada dalam 'zaman duka' saya berjaya menghadapi peperiksaan akhir di universiti dalam keadaan tenang dan menjawab dengan baik walaupun berada dalam keadaan yang sangat 'down'.InsyaAllah esok keputusan peperiksaan tersebut akan diumumkan. Semoga Allah memberikan kejayaan buat saya selari dengan usaha tempoh hari.

Benarlah janji Allah Yang Maha Ar Rahim. Setiap kesulitan itu pasti DIA akan menggantikan dengan kemudahan. Disebalik setiap kedukaan itu Allah pasti hadirkan kegembiraan . Disebalik kesabaran itu Allah pasti melimpahkan dengan sesuatu yang kita tak pernah duga.

Satu persatu Allah 'hadiahkan' saya senyuman setelah berbulan-bulan dirundung duka.

ALhamdullilah, sejak sebulan lalu saya kian bergiat aktif dalam dunia motivasi.Setiap hujung minggu saya terisi dengan slot2 motivasi serta kem kepimpinan malahan kem kecemerlangan pelajar.Alhamdulliah setiap minggu saya mendapat jemputan dan diberikan amanah untuk mengendalikan kem motivasi bersama2 sahabat2 seperjuangan di bawah 1 consultant yang sama.

Indah aturan Allah bukan?

Khabar terbaru yang amat memeranjatkan saya namun membahagiakan hati saya dalam masa yang sama adalah apabila saya menghadiri mesyuarat guru di sekolah. Di dalam mesyuarat tersebut diumumkan bahawa saya telah diamanahkan untuk menjadi Ketua Pengawas bagi peperiksaan besar di sekolah agama.

Allahuakbar! Allah Ya Kareem! Allah Ya Aziz! Pada Mu ku bersujud sebagai tanda syukur.

Sejujurnya tidak pernah langsung terlintas di fikiran saya untuk menjadi ketua pengawas memandangkan saya masih baru di dalam dunia pendidikan. Tahun lepas saya cuma menjadi pengawas peperiksaan sahaja.Alhamdullilah.

Moga Allah redha setiap derap langkah yang saya lalui.
Moga Allah memberikan kejayaan dalam keputusan peperiksaan yang bakal saya terima esok.
Moga Allah permudahkan derap langkah dakwah saya.

Mudah2an dengan permulaan sebagai motivator kepada pelajar mampu meluaskan dan membuka ruang kepada saya untuk melangkah setapak ke hadapan sebagai pendakwah kepada masyarakat.

Terus tembak doa agar Allah menyertai di setiap gerak dakwah yang saya lalui .


Followers