Friday, January 18, 2013

Ujian Itu Sentiasa Diakhiri Kebahagiaan..


BismillahirRahmanirRahim...Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...Alhamdullilah!! Alhamdullilah!! Alhamdullilah!! Entah bagaimana untuk diungkai dengan dengan kata-kata perasaan tika ini...

" Ehh !! kau ni kenapa?? tetibe je ...berpuitis bagai..."

Alhamdullilah...15.1.2-13...secara rasminya saya dilantik sebagai guru kafa di bawah JAWI..Alhamdullilah..perkara yang amat-amat saya nantikan..Syukur yang teramat...Cuma yang sedihnya saya ditempatkan di sekolah yang agak jauh daripada rumah...SRA Al Zamkhsyari, Kampung Malaysia Tambahan...Jauh tapi Allah pasti telah menyusun yang terbaik untuk diriku..Redha itu perlu!! Ye..Betul..

Daripada guru besar sehingga guru-gurunya semuanya baik-baik belaka..Alhamdullilah..See!! Perancangan Allah memang terbaik kan? Walaupun dapat sekolah yang teramat jauh tapi sahabat seperjuangan teramat awesome!! 

Untuk permulaan di sekolah ni...rasa macam kekok sikit laaa...Yela...tak jumpa geng lagi..hehe..Tunggulah sebulan dua nanti...hehe...Terserlah kehebatan nanti..kih3.. ^_^..Tapi sekarang pun dah jumpa target siapa untuk di buat geng...hehe...

" Amboi..Geng!! Hang ni nak kerja ke nak memain??"

Sabarlah..istilah "geng" itu subjektif...Bukan maksud saya geng untuk bergosip ke memfitnah ke bergaduh ke..tapi geng untuk kita sembang2..gelak...haaaaa...tu laaa...tak baik bersangka buruk dengan orang lain...

Hari ni saya perlu menggantikan salah seorang ustazah di sini...Subjek bahasa arab pula tu...Terbaekkk!! Tapi yang lebih awesome lagi kan..saya telah menyerlahkan "BAKAT" melukis yang telah saya pendam selama ini.. ( Pendam la sangat kan)...


Cantik kan hasil lukisan saya yang "KREATIF" ni?..hehe

Berbakat la sangat kan?..sampai budak-budak tanya.."Ustazah lukis apa tu?" Tu belum lagi yang dok gelak-gelak kat belakang kelas..Kurang Asam Betul!!Tak tau ke cikgu dia ni sangat "berbakat" dalam melukis...

Apa-apa pun...sekolah ni awesome!! Guru Besar yang teramat budiman..hehe....

     

Friday, January 11, 2013

Nikmat apakah yang masih ingin engkau dustakan?

Alhamdullilah!!Alhamdullilah!!Alhamdullilah!!

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan hanya pada MU Illahi..
nikmat dan kurniaan dariMU tidak terjangkau akal fitrah insani..
entah bagaimana harus diterjemah dengan rasa..
harus bagaimana mesti ku luah dengan cerita..

Amboi2!! Bermadah pujangga nampak? Ada berita gembira ke?
Cer cter..Cer cter..

Jeng..Jeng..Jeng...Alhamdullilah..
11 Januari 2013 Hari Jumaat yang penuh barakah dan keberkatan..
Tepat pukul 10.45 pagi telah mendapat panggilan dari JAWI..

Eleh..JAWI call pun nak kecoh..orang lain "rumi" call tak kesah pon!!
hehehe~

Alhamdullilah..akhirnya..saya berjaya dalam temuduga yg telah saya hadiri tempoh hari ..
sangat2 bersyukur..!!
Terimbau kembali kenangan di mana sepatutnya saya telah mendapat lantikan ini setahun yang lepas..
tapi atas 'jasa baik' pihak tertentu yang 'sabotaj' saya..
akhirnya saya gagal mendapatkan lantikan walaupun berjaya dalam ujian bertulis dan lisan..
atas alasan yang amat tidak MUNASABAH!!
Alhamdullilah..orang-orang tersebut telah pun mendapat balasan yang setimpal..
dan berkat 'penindasan' itu saya berjaya mendapat lantikan..
walaupun dalam jabatan yang berbeza..
alhamdullilah..Sesungguhnya Allah mendengar doa orang yang dizalimi..

Dan kejayaan saya mendapatkan lantikan ini atas usaha seorang hamba Allah yang telah hampir 7 bulan pergi menghadap Illahi..
walaupun dirinya telah tiada..namun jasanya masih mengalir hingga ke hari ini..
tanpanya tidak mungkin saya berada di sini..
terima kasih hingga ke hujung nyawa..
in shaa Allah..syurga kediaman abadimu..
AllahummaAmin..,
Al Fatihah buat arwah...

Opsss !! Jangan sedih2!! cerita saya belum habis lagi ni..hehe

Allah itu Maha Kaya..Maha Mengetahui..
walau kini saya di dalam arus kejatuhan..
walau kini saya ibarat manusia yang hilang semangat..
umpama manusia yang tidak ingin bangkit kembali..
tetapi sifat Maha Pengasih Illahi..
menghadiahkan lantikan ini yang pastinya membuatkan saya tersenyum bahagia..
Alhamdullilah..
DIALAH sebaik-baik tempat untuk mengadu..

Tuesday, January 8, 2013

ErTi UjIaN

     Bila ditimpa sesuatu ujian seringkali kita merasakan ianya amat berat untuk ditanggung..rasanya ramai juga yang berfikir begini " Argghh!!kenapa mesti aku yang diuji? kenapa bukan orang lain?" atau mungkin juga begini " tak guna betul..asyik aku je ditimpa musibah..besar sangat ke dosa aku?" Tidak kurang juga yang mula hilang pertimbangan lantas merendahkan martabat iman...Astaghfirullah!! 

  Saudari/ri seislamku.. Tidak semua hamba diuji..Tidak semua hamba dicabar ketabahan hatinya..Bersyukurlah tika kita menjadi insan pilihan Illahi..Elehh..kau ni dah kenapa..seronok sangat kena ujian? kau tak rasa bolehlah kecoh!!" Sabar..bukan begitu maksud saya..Bukannya saya tidak pernah diuji..saya juga serigkali diuji..Bahkan seringkali diuji dengan kematian..permergian insan disekeliling.InnaAllahama'ana..Sesungguhnya Allah bersama-sama kita..

       Dari pengalaman banyak mengajar kita erti kehidupan yang sebenar..Saya juga bukan manusia yang sempurna.Saya hanya seorang insan dan hamba yang kerdil yang menumpang di bumi Allah ini tanpa membayar apa-apa kepadaNya..Astaghfirullah..saya malu..saya menumpang namun Allah sedikitpun tidak meminta apa-apa bayaran ..bukan sahaja dari saya malahan kita semua.Bahkan Allah mengurniakan anggota badan yang sempurna..akal fikiran yang waras..kecerdasan dalam berfikir untuk setiap tindakan..tapi apa balasan yang kita beri?

       Tepuk dada tanya iman..Apa yang telah kita beri pada Illahi..Berjuta malahan Berbilion rahmat dan kesenangan yang telah Allah pinjamkan kepada kita tanpa sebarang bayaran..tapi apa yang telah kita beri?? Lantas bila Allah percikkan sedikit ujian kita dah mula mengeluh..melenting..marah.. Apa lagi sebenarnya yang kita inginkan dalam kehidupan?

        Saya teramat faham..dalam dunia ni mana ada ujian yang tak berat kan? Semua ujian yang datang terrrrramat lahhhhhh beratnya...Itulah gunanya ujian itu datang..untuk apa ye?? Untuk menguji tahap KEIMANAN kita.."ehhh tak de ujian pun kan dah boleh uji keimanan?" ..Memanglah boleh tapi seteguh mana tahap keimanan kita hanya akan terbukti bila diuji..sebab dari situ akan diuji tahap kesabaran..ketabahan dan keteguhan hati..

          Akhir kalam..Bersabarlah tika dilanda badai ujian..Ketahuilah bahawa tika kita merasakan amat berat diuji, di luar sana masih ramai yang di uji lebih dahsyat berbanding kita..Manusia semuanya sama..Hanya iman dan amal yang akan menjadi pembezanya..in shaa Allah..


Teguhkan hati..in shaa Allah..anda mampu mengahadapi!!
     

     


Thursday, January 3, 2013

WaJaH rAhSiA hAtI

Wanita muslimah itu..yang tidak memandang dan dipandang..

       Wanita Solehah itu yang seperti mana? Adakah cukup sekadar pemakaian yang tertutup dan tudung yang labuh? Atau mungkin cukup sekadar bergaya sopan di khalayak ramai? Mungkin juga berpewatakan baik di LAMAN SESAWANG ?? Yang mana satu ye? Hurmmm.. fenomena kini..di laman sosial terutamanya Facebook..Twitter..Whatssapp..Blogger sendiri pun dihujani bukan sekadar ratusan..ribuan..malah boleh dikatakan jutaan Wanita Muslimah yang giat memperkatakan mengenai Calon Imam..Pemilik Tulang Rusuk..Bersedia Menjadi Ma'mumnya..banyak lagi..

        SubhanaAllah!! Mulianya hasrat mereka..Salute!!..Benar..saya amat respect pada mereka..Alaa..Perli orang la tuu..macam laa tak tau..Husnuzon..Bersangka baiklah kalian..saya sendiri seringkali diingatkan oleh insan yang banyak menyedarkan saya hakikat kehidupan mengenai BERSANGKA BAIK..Jutaan terima kasih kepadanya..tanpanya saya mungkin masih alpa akan kepentingan bersangka baik ini..Ehh..berbalik pada cerita tadi..Betul..sikit pun saya tidak memerli mereka..malahan saya memang amat kagum..kerana mereka berani secara lantang menyuarakan hasrat hati mereka..

        Tetapi..Bukankah wanita solehah itu Tidak Memandang dan Dipandang? Apa kaitan update status dengan statement ni? Banyak sangat kaitannya..Bila mana kita mengupdate sesuatu pastinya jutaan manusia akan membaca penulisan kita walau hanya dari segi penulisan bukannya wajah. Bukankah tidak manis sebegitu..Yela..bayangkan apa yang kita tulis dibaca oleh seorang lelaki bukan mahram..Dushhh!! Malunya!! Jangan katakan bahawa kalian tidak berasa apa2 tika jejaka2 diluar sana membaca update sebegitu rupa ya.. ^_^

Wajah Rahsia Hati..

        Saya menasihati bukan bererti saya cukup sempurna..saya juga punyai khilaf sini sana..Jika ada yang tidak kena..saya dengan tangan terbuka sedia menerima sebarang teguran..Tidak salah kalian mempamerkan status sedemikian rupa..saya amat memahami isi hati kalian..kita juga kaum hawa bukan? Tetapi sebaiknya..rasa itu dilemparkan terus kepada Yang Maha Esa..DIA penentu segalanya..DIA pencipta cinta..DIA pencetus bahagia..

        Buah Cempedak Di luar pagar..
Ambil Galah Tolong Jolokkan..
Saya Budak Baru Belajar..
Kalau Salah Tolong Tunjukkan..

Illal'liqo..Maas'salamah..
Assalamualaikum Warahamtullah Hiwabarakatuh.. n_n

Followers