Alhamdullilah.petang ini sekolah saya selesai melaksanakan program hari kemerdekaan peringkat sekolah.Walaupun kurang meriah berbanding tahun lepas namun apabila semuanya dipermudahkan itu memang terbaik..
Bergambar bersama permata hati saya semasa waktu rehat.Daripada awal tahun sampai sekarang saya masih belum mampu membezakan dua orang kebar yang menjadi pengapit saya ni. Yang mana kakak yang mana adik saya sendiri tak pasti. Dalam kelas saya hanya akan panggil kembar sahaja. Heee~ itulah kelemahan saya bila mendapat anak murid kembar.
Aktiviti di sebelah pagi. ALhamdullilah ni sahaja la aktiviti bebudak ni suka bila dah habis peperiksaan setara II. Pepagi lagi nampak je muka saya ayat pertama yang akan keluar dari ulut mereka " Ustazah bila kita nak bergambar?" ok lah..layankan sahaja kerenah mereka. Mereka hanya perlukan kasih sayang seorang guru insyaAllah tugas kita dalam mendidik akan menjadi mudah.
Haaa...ni anak murid saya yang paling suka mengikut mana saya pergi. Bahkan setiap hari anak bertuah ni akan mencari saya di setiap kelas. Pandai pula ye cari saya kat kelas mana. Gemar dapat mencari saya setiap hari semata2 bertanya khabar sahaja. Moga dirimu menjadi anak yang soleh dunia akhirat. Jangan hanya mengejar pelajaran namun selarikan juga dengan akhlak dan adab . InsyaAllah dirimu bukan sahaja disenangi di dunia malahan di akirat. Aamiin!!
Jika ada selain ibu bapa yang memanggil saya ustazah lazimnya saya akan menyuruh mereka memanggil saya dengan nama sahaja. Kerana saya amat kurang gemar dipanggil ustazah. Lihat sahaja dari sudut penampilan amat jauh berbeza dengan tilte ustazah yang sebenar. Hakikatnya saya hanya mampu menjadi diri sendiri daripada berpura-pura berlakon di sekolah sebagai seorang guru agama. Biarlah penampilan dan perwatakan kita di sekolah selari dengan penampilan dan perwatakan kita di luar sekolah.
Alhamdullilah Allah 'isi' cuti semester saya kali ni terisi dengan aktiviti yang amat berfaedah. Hampir setiap hujung minggu saya mendapat jemputan kem motivasi dari pelbagai sekolah. Moga Allah redha. Moga Allah permudahkan. Moga Allah jadikan derap langkah ini sebagai ibadah yang boleh menjana saham saya di sana.
Friday, August 29, 2014
Wednesday, August 27, 2014
Da'i Pendakwah Milenia
Sudah pasti boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia pasti menonton rancangan Da'i Pendakwah Milenia. Bermula dari musim pertama hingga musim ke 2..Tidak kurang hebatnya setiap peserta yang berjaya menempatkan diri mereka di pentas dakwah tersebut.
Namun, apa yang ingin saya nukilkan hari ini bukannya mengenai pentas dakwah tersebut kerana, da'i-da'i tersebut jauh lebih hebat berbanding diri saya yang amat kerdil ini.
Da'i Pendakwah Milenia Musim ke 2 sebenarnya lebih menarik minat saya.
KENAPA ??

Melihat gambar sahaja pasti semuanya amat mengenali johan bagi episod pertama minggu lalu bukan? Da'i Nik Ahmad Farhan Bin Nik Muhammad. Alhamdullilah kehebatan serta kepetahannya dalam menyampaikan dakwah amat terkesan di hati semua yang menonton rancangan tersebut pada malam itu.
Melihat sahaja penglibatan da'i ini lantas saya teringat akan kenangan tahun lalu yang mana saya telah menjemput da'i ini sebagai penceramah bagi mengendalikan satu slot program yang dikendalikan oleh saya. Alhamdullilah, terbukti penceramah yang saya jemput bukan sekadar penceramah biasa yang dikatakan 'membosankan' murid.
Yela mana tidaknya ada pula 'suara sumbang' ketika saya melaksanakan program tersebut di sebuah sekolah menyatakan ketidakpuasan hati kerana murid terlalu di dedahkan dengan ceramah motivasi sepanjang hari.
Murid dah naik jelek ye???
Sebenarnya ada beza di antara penceramah yang kalian jemput dengan penceramah yang saya jemput. Saya tahu di mana kekuatan dan psikologi penceramah yang saya undang. Walau saya kelihatan masih ' mentah ' semasa mengendalikan program tahun lalu, namun hari ini saya tersenyum puas setelah melihat penceramah jemputan saya ini di kaca TV.
Maka, saya berjaya membuktikan bahawa murid-murid ketika itu tidak disajikan dengan 'ceramah kosong' sepanjang hari. Lagipun seingat saya, slot ceramah ini hanya memakan masa tidak sampai 2 jam. Selebihnya bukan penceramah jemputan saya. Melainkan slot pada malam hari bersama pensyarah saya sendiri.
Alhamdullilah..pengalaman memberikan kematangan kepada saya..
Tanpa kritikan ' pedas' tersebut rasanya saya tidak mampu berada di posisi saya sekarang.
Alhamdullilah!!
Alhamdullilah!!
Alhamdullilah!!
Keep vote for Da'i Farhan...
Tahniah kerana berjaya merangkul markah penuh pada episod pertama..
Teruskan mencari bahagia dalam berdakwah
Sunday, August 24, 2014
Aturan Allah Itu Indah
Alhamdullilah rasanya sudah berbulan-bulan lamanya saya tidak menaip entry di blog ini. Entah dah berhabuk atau bersawang saya sendiri tidak pasti. Terkadang idea melimpah ruah untuk menulis namun kekangan masa membataskan saya untuk menaip entry terbaru. Alhamdullilah hari ni Allah buka ruang untuk saya meluangkan waktu menaip entry ni.
Selama berbulan-bulan saya menyepi Allah titipkan pelbagai ujian buat saya. Ujian yang mendatang membuat saya pernah terfikir sebesar manakah dosa saya sehingga diuji seberat ini? Tak tertanggung jasad dan hati melalui setiap perjalanan hari dalam menelan jerit perih ujian yang membaluti diri.
Alhamdullilah setelah hampir 3 bulan berada dalam 'zaman duka' saya berjaya menghadapi peperiksaan akhir di universiti dalam keadaan tenang dan menjawab dengan baik walaupun berada dalam keadaan yang sangat 'down'.InsyaAllah esok keputusan peperiksaan tersebut akan diumumkan. Semoga Allah memberikan kejayaan buat saya selari dengan usaha tempoh hari.
Benarlah janji Allah Yang Maha Ar Rahim. Setiap kesulitan itu pasti DIA akan menggantikan dengan kemudahan. Disebalik setiap kedukaan itu Allah pasti hadirkan kegembiraan . Disebalik kesabaran itu Allah pasti melimpahkan dengan sesuatu yang kita tak pernah duga.
Satu persatu Allah 'hadiahkan' saya senyuman setelah berbulan-bulan dirundung duka.
ALhamdullilah, sejak sebulan lalu saya kian bergiat aktif dalam dunia motivasi.Setiap hujung minggu saya terisi dengan slot2 motivasi serta kem kepimpinan malahan kem kecemerlangan pelajar.Alhamdulliah setiap minggu saya mendapat jemputan dan diberikan amanah untuk mengendalikan kem motivasi bersama2 sahabat2 seperjuangan di bawah 1 consultant yang sama.
Indah aturan Allah bukan?
Khabar terbaru yang amat memeranjatkan saya namun membahagiakan hati saya dalam masa yang sama adalah apabila saya menghadiri mesyuarat guru di sekolah. Di dalam mesyuarat tersebut diumumkan bahawa saya telah diamanahkan untuk menjadi Ketua Pengawas bagi peperiksaan besar di sekolah agama.
Allahuakbar! Allah Ya Kareem! Allah Ya Aziz! Pada Mu ku bersujud sebagai tanda syukur.
Sejujurnya tidak pernah langsung terlintas di fikiran saya untuk menjadi ketua pengawas memandangkan saya masih baru di dalam dunia pendidikan. Tahun lepas saya cuma menjadi pengawas peperiksaan sahaja.Alhamdullilah.
Moga Allah redha setiap derap langkah yang saya lalui.
Moga Allah memberikan kejayaan dalam keputusan peperiksaan yang bakal saya terima esok.
Moga Allah permudahkan derap langkah dakwah saya.
Mudah2an dengan permulaan sebagai motivator kepada pelajar mampu meluaskan dan membuka ruang kepada saya untuk melangkah setapak ke hadapan sebagai pendakwah kepada masyarakat.
Terus tembak doa agar Allah menyertai di setiap gerak dakwah yang saya lalui .

Tuesday, June 10, 2014
Meniti Titian Usang
Alhamdullilah..lama sungguh rasanya tidak berkesempatan untuk mencoret di blog ini. Bila nak mula menulis semula rasa kaku jari untuk menaip. Fikiran pula seakan membeku tanpa mengeluarkan sebarang cetusan idea.
Kehidupan sekarang terasa seperti lengang pula..kadangkala terasa kosong juga. Cuba mencari jalan untuk memenuhkan kekosongan tersebut.Terbaru dalam cuti sekolah kali ni disebabkan rasa bosan yang teramat sangat di rumah maka saya mengambil keputusan untuk mebawa anak2 didik saya berjalan2 makan kfc..hehe..
Teringat pula kenangan semasa hari guru tempoh hari...tahun ni merupakan sambutan hari guru dan hari guru terbaik sepanjang saya bergelar pendidik..Alhamdullilah saya dinobatkan sebagai guru paling popular...keh3.. Populer ke? Kelakar je bunyinya sebab setahu saya ramai anak2 murid yang membebel sebab saya ni garang di dalam kelas..

sebahagian hadiah yang saya terima semasa sambutan hari guru
Alhamdullilah..walaupun umur dah menginjak tua tapi masih lagi ada anak2 didik yang menghargai saya.Sebenarnya bukanlah hadiah yang para guru inginkan cuma cukuplah sekadar kejayaan kalian dalam pelajaran serta mempunyai sahsiah yang terpuji. Bukan sahaja menjadi penyejuk mata buat ibu ayah malah menjadi ikon kebanggaan sekolah. Apa2 pun terima kasih daun keladi ye! heee ^_^
Sebenarnya saya bukanlah " The best teacher " sebagaimana yang ditulis murid ini. Tersenyum bila saya baca kad murid ni. Comel..Saya masih bertatih..merangkak untuk terus menapak dalam bidang perguruan ni. Yelah siapalah saya ni yang baru setahun jagung dalam bidang pendidikan jika hendak dibandingkan dengan orang lain yang dah lama berkecimpung dalam bidang ini . Tapi baru atau lama bukan alasan untuk dijadikan sandaran dan kayu ukur untuk menunjukkukan kelemahan kita hanya kerana alasan " saya masih baru dalam bidang ini". Opsss! Maaf itu bukan prinsip saya.
Bagi saya baru atau lama apa yang membezakan kita pengalaman serta kematangan kita di dalam berfikir serta bertindak. Tanggunjawab menanti. Akhirat juga menanti kita untuk dipersoalkan mengenai amanah ini. Nampak mudah dan ringan namun amanahnya terlalu berat tika dihadapkan di mahsyar kelak.
InsyaAllah sepanjang bulan Julai nanti saya akan mula menghadapi peperiksaan akhir semester 4. Dakan saya agar dipermudahkan menjawab. Semoga kali ni saya mampu menaikkan lagi pointer yang sedia ada.InsyaAllah..Semangat2!!
Dah tak tahu nak merapu apa kat sini. InsyaAllah cuba mengumpul idea semula untu berkongsi suka duka manis pahit kehidupan yang sentiasa mewarnai hari saya. Ohh ya..tak lama lagi nak sambut ramadhan kan? Selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak. Terasa kelainan sedikit ramadhan dan syawal tahun ni. Tapi tak mengapa kerana ini jalan yang telah ditentukan olehNya..Perlu redha dan bersangka baik pada setiap ketentuan dariNya..
Selamat Cuti Sekolah...
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak..
Selamat Menyiapkan Tugasan..
Selamat Menduduki Peperiksaan...heeee....takuttt...
Thursday, November 7, 2013
Khatam Al Quran Perdana JAWI
Alhamdullilah setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Illahi kerana buat kali keduanya saya berpeluang menyertai Majlis Khatam Al Quran Perdana Peringkat Jabatan Wilayah Persekutuan ( JAWI )... Walaupun untuk tahun ini saya hadir sebagai guru pengiring bagi sekolah yang berbeza dari tahun lepas ( kena tukar ler)
Majlis di adakan seperti biasa di Masjid Negara....
Layan gambar jela ye..Macam takde idea nak cerita apa..Letih..Tangan sakit akibat pegang bunga pahar lama sangat
Majlis di adakan seperti biasa di Masjid Negara....
Layan gambar jela ye..Macam takde idea nak cerita apa..Letih..Tangan sakit akibat pegang bunga pahar lama sangat
~ Bergambar bersama bekas anak2 murid saya ~
~ Bersama guru sekolah lama saya mengajar tahun lepas..walaupun saya dah ke sekolah lain Alhamdullilah ukhuwah kami tetap utuh ~
~ Bergambar bersama guru yang sebilik dengan saya masa kursus di Pahang ~
~ Heee... layannnn ~
She's the one that i love ...
Tiba-tiba ada sorang murid tanya ustazah.."walaupun ke mana pun ustazah...tudung ustazah mesti ada bunga"..hehe...Trademark agaknya.. ^_^
Monday, November 4, 2013
Salam Maal Hijrah 1435H
BismillahirRahmannirRahim...Alhamdullilah segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Setelah sekian lama saya menyepi dari dunia blog akhirnya saya kembali setelah Allah menganugerahkan saya sedikit masa terluang. Hari ni genap 1 Muharram 1435H...Dah masuk tahun baru maknanya umur pun makin meningkat la jika mengikut kalendar hijrah kan? Bermakna usia saya telah menjangkau 22 tahun ( tua dahhhh ).. ^_^...
Setiap kali masuk tahun baru mesti kita pasang azam banyak-banyak kan?
"Ehh nama aku memang azam pun "
Setiap kali masuk tahun baru mesti kita pasang azam banyak-banyak kan?
"Ehh nama aku memang azam pun "
" Alaaa setiap kali tahun baru aku pasang azam yang sama je..malas fikir "
" Pasang azam pun buat apa bukannya aku laksanakan pun! "
Pelbagai perspektif setiap kali masuk tahun baru.( saya tak terkecuali ) Untuk tahun baru Hijrah ni saya berazam untuk menjadi sebenar-benar muslimah ( "Eleh..poyo je..esok buat balik" )..Heeee.... ^_^ InsyaAllah dah masuk tahun baru bermakna bermulalah perjalanan yang makin mencabar buat diri saya.( dup dap dup dap ) Usia pun dah meningkat maka perwatakan harus seiring dengan usia.( Jgn berfikiran 'kolot' lagi yeee )
Jika sebelum ni sikap saya seperti keanak-anakan.( manja la kononnya ).ego..keras kepala..tak reti pandang kesalahan sendiri..( Sampai pernah digelar 'wali' )..Allahurabbi..Hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa malunya diri saya ketika itu..Bukannya malu kerana diperkatakan sebegitu..Tapi malu membayangkan entah bagaimana keadaan saya tika di padang mahsyar nanti..Tika Allah menayangkan semula semua perbuatan saya di dunia? Ya Ghaffar..aku malu padaMU.. T_T
Syukurlah masih ada yang menyedarkan saya dengan berhikmah. Andai saya terus dibiarkan hanyut dengan 'Istidraj' ini apa yang mampu saya jawab di hadapan Yang Maha Esa nanti ? Kerap kali saya ditegur tentang sikap saya. Tapi dek kerana bisikan ' syaitan ' saya membiarkan sahaja..Buat tak endah je. Sehinggalah pada satu tahap di mana saya 'dilempar' kata-kata yang amat 'menyakitkan' berpunca dari kesilapan dan keegoan saya sendiri...saya mulai sedar... Hidup ini perlu berpaksikan Tuhan bukan 'nafsu' semata...
Allahurabbi..malunya aku padaMU tika ini.Aku berpijak di bumiMU..aku menikmati rezekiMU..aku menghirup udara dariMU..aku melihat segala kurniaanMU.. Namun jarang aku mengucap kata syukur..Sehinggalah aku disedarkan ketika salah satu anugerah percuma itu di tarik dariku..
Sesedarnya aku di suatu pagi..entah mengapa tiada suara yang keluar dari mulutku..terasa seakan sesak pernafasanku..terasa seakan tekak ku semakin membengkak dan berdarah ( Ya Allah..masih sempatkah untukku membalas jasa dan pengorbanan ibu dan abangku ? ) Menitis air mata tika nikmat kurniaan itu ditarik olehNYA...
Mungkin ini 'amaran' dari Allah agar aku menyedari kesilapan yang telah banyak aku taburkan selama ini. 3 hari sudah berlalu namun pernderitaan atas kesakitanku ini masih juga belum beransur kurangnya..
Ya Aziz...andai ini asbab kepada kaffarah dosa laluku..aku redha..Letakkan hatiku serendah-rendah rasa kehambaan hanya PadaMU...
Sudah terlambatkah aku untuk memperbetulkan apa yang telah di bina? T_T
Seandainya arwah baba masih ada..pasti dia malu melihat sikapku ini..Allah.. T_T
Saturday, September 14, 2013
Kursus Terbaik Sepanjang Hidup ^_^
Datang je sekolah tengok atas meja ada surat..ehh2 ? surat apa ye? Laaaa surat kursus rupanya..Mula2 tak ambil endah pun sebab ingatkan kursus dalam kuala lumpur je..Biasalah kan guru mesti banyak kursus..Janji dalam kuala lumpur..tak terasa sangat la kan ? hehehe.. ( ayat nak sedapkan hati...)
Tiba2 hati rasa nak baca lagi sekali surat kursus tu...Ehh kenapa sampai 4 hari ? kan dekat area Kuala Lumpur je ? Sekali lagi baca tapi kali ni dengan penuh "khusyuk" rupanya dekat...
Berjaya Hills Bukit Tinggi , PAHANG ????
Alamakkk!!!! Dekatnya... hehe...( takpe2..imagine cam gi cameron jela yeeee )...
Tapi sebenarnya..Allah dah susun yang terbaik untuk kita sebenarnya...First day jejakkan kaki ke sana..Masya Allah...buka je pintu bilik dah macam HOTEL!! Seriously !! Awesome!! tak pernah pergi kursus yang tempat penginapannya sebaik ni.. ( Dalam hati..eh2..dah macam pergi honeymoon je..hehe)
..Kalau macam ni la keadaanya..kursus sebulan pun sanggup..hehe
sebelum mula kuliah..teman sebilik..teman skip senaman pagi..hehe..
Alhamdullilah...Kursus yang pada mulanya menyesakkan fikiran saya menjadi kursus yang sangat2 diingati dalam memori hidup saya..(Pengajarannya..jangan suka berburuk sangka!! Belum pergi lagi dah pandai2 nak judge tempat tu macam2!! hamboi !! ) hehehe....
Setiap hari di pahang..hati terasa sangat2 tenang..damai..tambah2 lagi dapat pula kawan2 baru yang sangat2 sporting..sangat2 kelakar..sangat2 comel.....
akak ni salah seorang daripada kawan2 sy yang sentiasa berkepit ke mana sahaja pergi..bak kata orang2 zaman sekarang 'Geng"..hehe....ehh..akak ni ada nama femes tau..Kak G..hehe
Semangat awal2 pagi ambil gambar..kononnya lepas ni nak turun senaman pagi..confident senaman pagi pukul 7.30 pagi..roomate pun akur dengan keconfident saya ..hehe..Yang lawaknya..Turun je ke dataran..semua bersurai..ehh2? kenapa ye? try tanya sorang akak tu..hahahahaha...."dik..senaman mula 6.45 pagi la...habis yang pukul 7.30..." hahaha....confident nya saya menepati masa!! haha....Dah ter'skip' satu senaman pagi pada hari kedua di sana..hehe..Nakal nyerrrr.....
Kat bukit tinggi...keadaannya...sangat2 sejuk..Haaaa..cakap pasal sejuk..teringat waktu pagi2...cane agaknya mandi waktu pagi dalam keadaan yang sangat sejuk ye? sejuknya tak sama macam di Kuala Lumpur tau..pukul 12 tengah hari pun masih diselebungi kabus lagi...
First day masuk bilik saya dan roomate dah nampak shower dilengkapi air panas..Kami pun dah belek2 benda alah tu..tekan punya tekan tak keluar air panas pun..dalam hati ( benda ni rosak kot )...cakap dengan roomate.."terpaksalah kita menggigil kesejukan setiap pagi ye..heater rosak laaaa... ;(
Hari ketiga..Maksudnya sehari sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur..Ter'rajin' pula nak menyinggah ke bilik sebelah..alaaaa bilik Kak G..hehe..sembang punya sembang ternampak kak G tekan 1 suiz..."ehh kak suiz apa tu? kat bilik saya pun ada suiz cmtu ".... "laaaaa kamu tak tau ke dik..tu la suiz heater..buka suiz ni baru la heater tu berfungsi..kalau tak cane nak mandi dalam keadaan sejuk2 cam ni".....
Apa...suiz heater ?????!!!!!!!!
Laaaaaaa...kenapa baru cakap hari niiiiiiiiiii...esok nak balik dah....waaaaaa...sedihnya....punyalah saya semangat ber'jihad' mandi sejuk2 ingatkan heater rosak rupanya tak buka suiz....
hahaha....Gelak sakan la kami satu bilik...haha....Tu la gayanya kalau tak pernah pergi tempat2 cmtu..kesian2..buat malu jer... =P
Alhamdullilah..sepanjang 4 hari 3 malam saya di Pahang..saya sangat2 seronok..Dalam hati dah imagine..InsyaAllah kalau Allah dah tetapkan jodoh saya..saya berhajat nak honeymoon di sana...sangat2 damai..jauh dari kesesakan dan kesibukan kota..."Haishhhh!! dah2..mulalah nak merepek tu"..
Maaf ye..agak panjang entry kali ni...Baru hari ni ada masa untuk update..macam2 lagi saya nak cerita..tapi insyaAllah lain kali ye..Kekangan masa seringkali membantutkan keinginan saya untuk mengupdate pelbagai cerita dalam blog ni... =)
Subscribe to:
Posts (Atom)