Sunday, August 24, 2014

Aturan Allah Itu Indah

Alhamdullilah rasanya sudah berbulan-bulan lamanya saya tidak menaip entry di blog ini. Entah dah berhabuk atau bersawang saya sendiri tidak pasti. Terkadang idea melimpah ruah untuk menulis namun kekangan masa membataskan saya untuk menaip entry terbaru. Alhamdullilah hari ni Allah buka ruang untuk saya meluangkan waktu menaip entry ni.

Selama berbulan-bulan saya menyepi Allah titipkan pelbagai ujian buat saya. Ujian yang mendatang membuat saya pernah terfikir sebesar manakah dosa saya sehingga diuji seberat ini? Tak tertanggung jasad dan hati melalui setiap perjalanan hari dalam menelan  jerit perih ujian yang membaluti diri.

Alhamdullilah setelah hampir 3 bulan berada dalam 'zaman duka' saya berjaya menghadapi peperiksaan akhir di universiti dalam keadaan tenang dan menjawab dengan baik walaupun berada dalam keadaan yang sangat 'down'.InsyaAllah esok keputusan peperiksaan tersebut akan diumumkan. Semoga Allah memberikan kejayaan buat saya selari dengan usaha tempoh hari.

Benarlah janji Allah Yang Maha Ar Rahim. Setiap kesulitan itu pasti DIA akan menggantikan dengan kemudahan. Disebalik setiap kedukaan itu Allah pasti hadirkan kegembiraan . Disebalik kesabaran itu Allah pasti melimpahkan dengan sesuatu yang kita tak pernah duga.

Satu persatu Allah 'hadiahkan' saya senyuman setelah berbulan-bulan dirundung duka.

ALhamdullilah, sejak sebulan lalu saya kian bergiat aktif dalam dunia motivasi.Setiap hujung minggu saya terisi dengan slot2 motivasi serta kem kepimpinan malahan kem kecemerlangan pelajar.Alhamdulliah setiap minggu saya mendapat jemputan dan diberikan amanah untuk mengendalikan kem motivasi bersama2 sahabat2 seperjuangan di bawah 1 consultant yang sama.

Indah aturan Allah bukan?

Khabar terbaru yang amat memeranjatkan saya namun membahagiakan hati saya dalam masa yang sama adalah apabila saya menghadiri mesyuarat guru di sekolah. Di dalam mesyuarat tersebut diumumkan bahawa saya telah diamanahkan untuk menjadi Ketua Pengawas bagi peperiksaan besar di sekolah agama.

Allahuakbar! Allah Ya Kareem! Allah Ya Aziz! Pada Mu ku bersujud sebagai tanda syukur.

Sejujurnya tidak pernah langsung terlintas di fikiran saya untuk menjadi ketua pengawas memandangkan saya masih baru di dalam dunia pendidikan. Tahun lepas saya cuma menjadi pengawas peperiksaan sahaja.Alhamdullilah.

Moga Allah redha setiap derap langkah yang saya lalui.
Moga Allah memberikan kejayaan dalam keputusan peperiksaan yang bakal saya terima esok.
Moga Allah permudahkan derap langkah dakwah saya.

Mudah2an dengan permulaan sebagai motivator kepada pelajar mampu meluaskan dan membuka ruang kepada saya untuk melangkah setapak ke hadapan sebagai pendakwah kepada masyarakat.

Terus tembak doa agar Allah menyertai di setiap gerak dakwah yang saya lalui .


No comments:

Post a Comment

Followers